DEFINISI KONSEP
Konsep Kemahiran Mendengar
Kemahiran dimaksudkan dengan kecekapan dan kepandaian dalam melakukan sesuatu perkara. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009 : 114) menjelaskan mendengar didefinisikan mendengar adalah kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat serta ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Manakala Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, PhD (2011: 28) pula menyatakan kemahiran mendengar adalah keupayaan murid mendengar secara teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan dapat memberikan maklum balas. Dewan Bahasa & Pustaka (1994) pula menerangkan kemahiran mendengar ialah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama serta memahami bunyi bahasa yang bermakna misalnya perkataan, frasa, klausa dan ayat.
Konsep Kemahiran Bertutur
Bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa. Selain itu, bertutur juga ditakrifkan dengan satu cara berkomunikasi yang amat kompleks, melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Terdapat beberapa konsep umum mengenai bertutur ialah bertutur merupakan keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Bertutur melibatkan individu berkata-kata atau bercakap. Bertutur juga bermaksud penutur menzahirkan pendapat serta perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur juga dirujuk sebagai aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi.
KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR.
Berdasarkan dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah matlamatnya adalah untuk melengkapkan diri murid dengan ketrampilan berbahasa serta berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan juga dalam urusan harian. Hal ini menunjukkan bahawasanya kemahiran penggunaan Bahasa Melayu adalah penting dalam kalangan murid-murid.
Mengikut rujukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (1983), penekanan adalah diberikan terhadap kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar dan juga bertutur, kemahiran membaca serta menulis. Jadi, murid bolehlah menggunakan kemahiran ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian serta sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Dalam sukatan pelajaran ini merangkumi pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran turut memberi gambaran yang menyeluruh mengenai kurikulum Bahasa Melayu.
Terdapat lima belas prinsip yang perlu dipatuhi bagi menjamin keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu, (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1987 :39)).Berdasarkan prinsip yang dinyatakan tersebut penekanan diberikan terhadap pengajaran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Pengajaran lisan perlu diutamakan terlebih dahulu kemudian barulah disusuli dengan pengajaran lain seperti membaca dan juga menulis. Lisan merupakan asas kepada kemahiran kepada kemahiran membaca dan juga menulis kerana di dalamnya merangkumi semua aspek bahasa seperti bunyi, perkataan, rangkai kata, ayat, makna, intonasi, dan lain-lain yang terdapat juga dalam kemahiran bacaan dan tulisan. Ini bererti apabila seseorang itumenguasai kemahiran lisan, individu tersebut boleh memindahkan kemahiran tersebut bagi memudahkannya menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Kepentingan kemahiran mendengar serta bertutur diberi penekanan dalam kurikulum terkini yang akan digunakan mulai tahun 2011 iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kemahiran mendengar dan bertutur ini dinyatakan melalui aspek komunikasi yang perlu diterapkan dalam kalangan murid-murid iaitu penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan juga bukan lisan ketika berinteraksi. Hal ini jelas telah dinyatakan dalam dua medium KSSR iaitu Standard Kandungan Bahasa Melayu iaitu mendengar, memahami serta memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan serta pesanan yang didengar dengan betul. ,medium yang kedua pula ialah Standard Pembelajaran Bahasa Melayu iaitu mendengar, memahami dan memberi respons yang betul secara lisan terhadap soalan yang pelbagai.