Berikut merupakan audio-audio yang boleh digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ;
Audio mengenal bunyi haiwan. Melalui audio ini, murid-murid akan diperdengarkan bunyi-bunyi haiwan dan kemudian mereka akan memberikan tindak balas iaitu bertutur menyatakan apakah bunyi haiwan tersebut.
Audio mengenai bunyi-bunyi alam. Melalui audio ini, murid akan diperdengarkan terlebih dahulu bunyi-bunyi alam ini, kemudian mereka diminta untuk meneka bunyi apakah itu.
Audio mengenai bunyi-bunyi mekanikal. Melalui audio ini, murid akan diperdengarkan bunyi-bunyi mekanikal tersebut sebelum mereka menjawab dengan betul bunyi apakah yang mereka dengar itu.