PETIKAN CERPEN : MEMORI SEORANG TUA.
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Pak Itam mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu dengan perasaan yang penuh kesyukuran. Budi Tuk Mat bukan sedikit, kalau Tuk Mat tidak ada, hajat dan niatnya sudah tentu tidak akan tercapai.
Kalau harapkan dia untuk menguruskan segala-galanya, manakan terdaya.Usahkan untuk ke sana ke mari, mahu mengheret punggung sendiri pun rasanya sudah tidak terdaya. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah jadi bukan orang lain lagi. Rogayahlah yang menjaganya. Halimah anak gadisnya, bersama-sama Rokiah, selang berganti, menghantar nasi dan mengambil kain bajunya untuk dicuci. Yang memeningkan kepala Pak Itam, apabila dibagi duit, baik Tuk Mat, isterinya, Halimah dan Rokiah semuanya menolak. Moga-moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi Tuk Mat sekeluarga.
Selepas sembahyang asar, ketika Pak Itam menghulur kepala ke luar tingkap, semua khemah sudah terdiri, kain belon yang berwarna-warni, biru, merah, kuning dan hijau, semuanya ada lapan buah, beralun dan berombak ditiup angin petang.
Isa, Latif, dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut jantan yang dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis. Mereka berhenti rehat setelah habis menampal dan menyusun atur segala potongan akhbar, majalah, buku-buku, dan gambar-gambar Pak Itam untuk pameran.
“Pak, cantik tak?” laung Jali kepada Pak Itam yang masih terjenguk di jendela. Cantik, maksud Jali ialah susun atur segala karya dan gambar-gambar Pak Itam di bawah khemah pameran itu.
(Dipetik daripada cerpen ‘Memori Seorang Tua’ karya Zahari Affandi, dalam antologi Harga Remaja)
i. Nyatakan pertolongan yang telah diberikan oleh keluarga Tuk Mat kepada Pak Itam? [2 markah]
ii. Pada pendapat anda, apakah kebaikan melakukan kerja secara bergotong-royong? [3 markah]
iii. Huraikan satu perwatakan Pak Itam dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan
Pak Itam yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

PETIKAN CERPEN “KASUT KELOPAK JANTUNG”.
“Kasut sekolah tak pakai, baju sukan tak bawa! Apa nak jadi dengan kamu ini?” leter Cikgu Harun setelah melihat Ahmad hanya diam membantu. Mahu sahaja dipukul budak itu sekuat hati. Namun, kesabaran masih tersisa dalam jiwanya.
“Saya dah tak tajan dengan kamu. Hari ini saya nak denda kamu!” kata Cikgu Harun. Dia segera bangun dan mencari sesuatu. Dia ke tepi pagar sekolah. Barangkali mahu mencari ranting pokok di tepi pagar. Jika ada ranting itu, punggung Ahmad akan disebatnya kuat-kuat, fikirnya. Ilmu psikologi yang dipelajarinya di maktab dahulu tidak boleh dipakai ketika berdepan dengan budak seperti itu. Begitu pula fikir Cikgu Harun. Ahmad tetap tercegat dan terkebil-kebil, menanti hukuman guru yang berasal dari bandar itu.
Tiba-tiba Cikgu Harun terpandang rumpun pisang merimbun di tepi pagar sekolah. Beberapa tandan pisang berjuntai-juntai di celah-celah rumpun pisang itu. Di bawahnya bertaburan kelopak jantung yang gugur. Besar-besar dan berwarna merah hati. Cikgu Harun memungut kelopak jantung itu lalu kembali ke tempat Ahmad sedang berdiri. Seperti menanti hukuman gurunya.
“Pergi cari tali!” arah Cikgu Harun kepada Ahmad. Murid itu tidak berkata apa-apa. Dia terus beredar ke arah kantin sekolah. Sebentar kemudian dia kembali dengan seutas tali rafia berwarna merah.
“Kamu pakai benda ini. Ikat elok-elok!” Cikgu Harun memberikan perintah. Jarinya dituding tepat ke arah kelopak jantung pisang. Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta simpati.
“Cepat!” jerkah Cikgu Harun apabila melihat Ahmad masih tercegat. Kali ini Ahmad tidak membantah. Dia mencangkung dengan sebelah kaki dihulurkan ke depan. Kelopak jantung diacukan ke tapak kakinya yang comot. Kemudian, tali rafia dilalukan di bawah tapak kakinya. Kelopak jantung pisang itu kemudian diikat kemas-kemas, melekap sendat pada kaki kematu Ahmad. Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan, seperti memakai kasut sekolah.
“Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tidak beli kasut baru!” Cikgu Harun memberikan amaran. Ada sedikit perasaan lucu di dalam hati Cikgu Harun melihat anak murid yang tidak dikenali latar belakang itu. Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul. Dia tidak pernah membantah kata-kata guru. Katalah apa sahaja, dia tetap patuh tanpa banyak soal. Jauh sekali ponteng sekolah. Walaupun berkaki ayam, Ahmad tidak pernah ponteng. Itulah kelebihan Ahmad. Kegigihannya memang ketara. Cikgu Harun turut menyedarinya.
LATIHAN PENGUKUHAN
Antologi Kelopak Jantung hlmn 81-82
1 Mengapakah Cikgu Harun menyuruh Ahmad memakai kasut yang dibuat daripada kelopak jantung?
A kerana Ahmad gagal memakai uniform sekolah yang lengkap
B kerana Ahmad kerap ponteng sekolah
C kerana Ahmad sengaja melanggar disiplin sekolah
D kerana Ahmad membantah arahan yang diberikan oleh Cikgu Harun
2 Cikgu harun berasa lucu apabila melihat Ahmad mengenakan kasut daripada kelopak jantung itu kerana....
A melihat bentuk kasut kelopok pisang itu yang sangat hodoh.
B Ahmad tercegat dan terkebil-kebil.
C sikap Ahmad lurus bendul.
D gaya Ahmad yang bersahaja ketika mengenakan kasut kelopok jantung itu.
3.Yang berikut merupakan latar tempat dalam peristiwa di atas, kecuali...
A di kantin
B di tepi pagar sekolah
C di padang
D di bilik guru
4.Berdasarkan petikan di atas, nilai yang terdapat pada diri Ahmad ialah...
A taat
B cekal
C baik hati
D bertanggunjawab
5.Apakah peleraian cerpen Kasut Kelopok Jantung
A Ahmad menyindir Cikgu Harun dengan membelikan sepasang kasut untuk beliau.
B Ahmad menghargai jasa Cikgu Harun dengan menghadiahi beliau kasut pada setiap sambutan Hari Guru.
C Ahamad telah menjadi usahawan yang berjaya kerana beliau banyak menananm pokok pisang
D Ahmad akhirnya telah menjadi anak angkat kepada Cikgu Harun.