Selamat datang dan selamat melayari laman web ini. Laman ini dibina bertujuan untuk berkongsi bahan-bahan yang berkaitan dengan proforma yang terkandung dalam kursus BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Pengetahuan yang mendalam mengenai teknologi maklumat dan komunikasi amat penting bagi memenuhi sistem pendidikan masa kini yang lebih berteraskan TMK.
Selaras dengan kehendak kursus BMM3105, laman ini dibangunkan bagi melengkapkan tugasan projek guru pelatih PISMP Bahasa Melayu (SJKC) Semester 3 IPG Kampus Keningau iaitu dengan menyediakan bahan-bahan rujukan untuk panduan bagi pembaca sekalian. Segala hasil tugasan ini boleh dilihat pada menu dan pautan-pautan yang telah disediakan. Apa yang diharapkan ialah, semoga semua pengguna memperolehi manfaat, kebaikan dan input melalui perkongsian laman sesawang ini. Terima kasih ^______^
SINOPSIS
Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

PENGENALAN
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari semakin kita menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat kita dalam era pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita terutamanya dalam bidang Pendidikan Negara. Justeru, Pengajaran dan Pembelajaran berbantukan komputer boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan hasrat murni kerajaan yang ingin merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang mana ia merupakan tapak asas kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia.
Umum tahu bahawa, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap guru pada zaman yang serba moden ini. Jika para pendidik dapat memiliki kemahiran TMK ini, sudah pasti setiap guru akan dapat mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan bersesuaian dengan kecenderungan murid-murid di dalam bilik darjah.
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai sudah pasti dapat menarik perhatian murid untuk mengikuti pengajaran guru tanpa rasa jemu. Justeru , laman ini direka khas bagi membimbing dan meningkatkan lagi pengetahuan warga pendidik sekalian berkaitan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini.